“Memang Saya Beri Ceramah Percuma..” – Berjaya Direman, Tiga Jam Naim Daniel ‘Basuh’ Individu Komen Ugut Bunuh Ibu Bapa

Hiburan

“Memang Saya Beri Ceramah Percuma..” – Berjaya Direman, Tiga Jam Naim Daniel ‘Basuh’ Individu Komen Ugut Bunuh Ibu Bapa

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akhirnya berkesempatan untuk bersemuka dengan lelaki yang telah direman polis setelah dilaporkan meninggalkan komen berunsur ancaman kepada keluarga penyanyi tersebut.

Beri ceramah tiga jam

Menurut Naim, ketika berjumpa dengan pelaku berkenaan, dia telah meluangkan masa selama tiga jam ‘membasuh’ individu tersebut untuk memberi kesedaran.

Advertisement

Pada waktu itu, saya lihat dia dalam keadaan bergari. Saya terus tanya pada dia, ‘kau tak menyesal ke masuk penjara semata-mata kecam aku?’ Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya dia sedar dengan apa yang dia buat.

 

Namun, dia hanya jawab pada saya tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut-ikut dengan orang lain. Terus saya rasa macam tergamam sekejap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Padam 2,000 komen

Pada masa yang sama, penyanyi ini turut memberitahu dia telah memadam ribuan komen negatif yang ditinggalkan di hantarannya. Malah, dia telah berdamai dengan netizen dengan menganggap setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.

Saya dah padam 2,000 komen berbaur negatif dalam video saya. Malah, saya pun dah mula berdamai dengan masyarakat dan mungkin fahaman mereka agak berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan pada waktu itu.

 

Saya tidak menyalahkan mereka. Mungkin cara penyampaian sendiri pun salah sehingga mereka berani melakukan tindakan sebegitu rupa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Sebelum ini, Naim telah membuat laporan polis terhadap individu yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih susulan Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2023 di media sosial.

scha alyahya
6 months ago

“Check Hati Masing-Masing, Saya Pun Tak Teragak Ambil Tindakan” - Naim Daniel Buat Laporan Polis, Scha Al-Yahya Sokong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...