Memang Saya Anak Yusof Haslam Tetapi Semangat, Kegigihan & Usaha Buat Saya Berjaya – Syamsul Yusof

Hiburan

Memang Saya Anak Yusof Haslam Tetapi Semangat, Kegigihan & Usaha Buat Saya Berjaya – Syamsul Yusof

Syamsul Yusof adalah pemenang besar dengan merangkul 5 anugerah di Festival Filem Malaysia 28 yang berlangsung baru-baru ini. Filem arahannya Munafik memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik sementara dirinya sendiri merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik. Selain itu menerusi filem Munafik, Nabila Huda turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Secara jujur, Abang Nara dah tonton filem Munafik dan ia memang salah sebuah filem Melayu yang cukup hebat jika dibandingkan dengan filem-filem lain.
syamsul yusofSeperti biasa selepas setiap acara anugerah berlangsung, pasti akan ada kontroversi. Kemenangan besar filem Munafik dipertikaikan kerana Yusof Haslam adalah orang kuat industri filem. Ada suara-suara sumbang menyatakan Yusof Haslam berpengaruh dalam penghakiman. Biasalah. Kalau dah menang banyak macam nie, memang akan ada yang tak puas hati. Ditanya tentang perkara ini, Syamsul Yusof menjawab:-

Mungkin mereka melihat dari sudut sebegitu, sekali gus menilai bahawa saya mempunyai jalan mudah menghasilkan filem. Namun, sekiranya kita sering berfikiran negatif, maka pandangan negatif juga akan timbul. Ya, memang saya anak Yusof Haslam tetapi sekiranya tiada usaha bagaimana saya boleh berjaya? Semangat, kegigihan dan usaha adalah perkara utama.

Sebarang kritikan negatif tidak menjejaskan kerjaya saya kerana perkara itu telah berlaku sejak kali pertama memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM. Justeru, saya lebih memberi fokus dan tumpuan kepada penghasilan produk yang lebih berkualiti berbanding memikirkan sentimen negatif berkenaan.

Advertisement

syamsul yusof

Bagi Abang Nara, kejayaan di dalam sesuatu bidang adalah adalah atas usaha sendiri. Ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan sekadar pendorong dan pemberi semangat sahaja. Kita yang kena kerja keras, ambil inisiatif untuk majukan diri dan sebagainya. Secara jujur, berbanding filem-filem awal arahannya dulu, Syamsul Yusof memang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Filem-filem arahannya memang berada di kelas tersendiri. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...