“Memang S*al Dia Tak Mengaku, Aku Nampak Dia Panjat Ye” – Gadis Menggigil, Trauma Diintai Abang Ipar Waktu Nak Mandi

Kehidupan

“Memang S*al Dia Tak Mengaku, Aku Nampak Dia Panjat Ye” – Gadis Menggigil, Trauma Diintai Abang Ipar Waktu Nak Mandi

Seorang wanita menceritakan tentang kisah dirinya menjadi mangsa nafsu abang iparnya sendiri dan luahan tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 11 malam ketika dia mandi dan ia membuatkannya trauma selepas abang iparnya kantoi menghendapnya dari luar.

Advertisement

Aku selalu balik kerja pukul 10 malam. Dah rehat, pukul 11 baru nak mandi. Memang rutin macam tu. Tapi tiba-tiba entah macam mana, aku perasan setiap kali mandi, mesti ada orang kat sebelah.

mandi

 

Nampak abang ipar tengah panjat

Tambahnya dia kemudian mendengar individu masuk di tandas sebelah namun tiada bunyi air didengari dan ia membuatkannya mula rasa pelik.

Masa aku mandi, apabila aku dengar orang masuk sebelah, cepat-cepat aku berkemban. Aku gigil masa tu, dengan rabunnya. Aku nampak dia (abang ipar) tengah panjat ya. Memang s**l sebab dia tak mengaku.

 

Abang ipar dipulau keluarga

Dia menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang terus memeluknya dan memujuknya untuk tidak menangis sementara kakaknya pula terkejut apabila mendapat tahu tentang suaminya itu.

Abang ipar kena pulau juga dengan keluarga aku. Sebab mak aku beritahu semua biar dia tahu benda tu salah dan memalukan. Kalau jumpa dia, aku memang benci tahap langit dan tak akan maafkan dia.

abang ipar

Ujarnya, suami kakaknya itu kini dipulaukan oleh kelurga selepas perbuatannya diketahui dan adik beradiknya juga faham mengapa dia membenci lelaki berkenaan.

 

Nasib baik dapat keluarga memahami

Rata-rata warganet yang membaca kisah itu memujinya kerana berani bersuara dan dia beruntung mempunyai keluarga yang memahami serta tidak menyalahkan atau buat tidak tahu tentang kejadian tersebut.

Sesetengah individu berkongsi tentang kisah mereka melalui pengalaman yang lebih kurang sama namun apa yang berlaku selepas itu berbeza.

Aku pun mangsa intai dan raba abang ipar. Dulu aku buat report, tapi atas desakan keluarga, kena tarik balik.

rogol bergilir
1 year ago

Kes Rogol Bergilir-Gilir Wangsa Maju, Siasatan Dapati Abang Ipar Turut Perkosa Adik Iparnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...