Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Memang Penganjur Bagi Saya Bercakap Lebih Lama – Sheila Majid

Lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, penyanyi lagenda Datuk Sheila Majid telah dikurniakan dengan Anugerah Sri Wirama pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM22) Ahad lalu.

Advertisement

Ucapan Sheila Majid yang mengambil masa selama lima minit ketika menerima anugerah berkenaan menarik perhatian ramai. Pelbagai nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Sheila agar industri hiburan Malaysia terus kekal berjaya.

Namun, ada juga pihak yang mempertikaikan mengapa Sheila Majid boleh berucap dengan begitu lama. Menjawab persoalan itu, Sheila Majid memberitahu pihak penganjur sudah memberikan beliau kebenaran untuk bercakap lebih lama dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada didalam industri.

Saya diberi masa oleh pihak penganjur untuk bercakap apa sahaja yang saya mahu dan mereka minta saya berkongsi apa yang saya lalui sepanjang berada dalam industri. Selain itu saya juga mengambil peluang tersebut untuk memberi pesanan bukan sahaja kepada artis-artis, malah kepada peminat-peminat industri muzik tempatan. Ia seperti kita ingin beli sebuah rumah, kita perlu tanya kepada arkitek bukan bertanya pada orang ramai.

Sheila Majid akui anugerah itu cukup bermakna buat dirinya kerana ia pengiktirafan daripada pihak profesional. Pada masa yang sama beliau juga merasa syukur kerana masih kekal relevan dalam bidang nyanyian.

Advertisement

Mungkin ucapan Datuk Sheila Majid agak panjang tetapi kita harus akui banyak juga nasihat dan pendapat yang beliau kongsikan untuk memantapkan lagi industri hiburan tanah air. Pengalaman beliau sangat luas.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top