“Memang Patut Kena Tinggal!” – Ludah Pada Peminat, Netizen Dakwa Noh Salleh Makin Teruk Lepas Cerai

Hiburan

“Memang Patut Kena Tinggal!” – Ludah Pada Peminat, Netizen Dakwa Noh Salleh Makin Teruk Lepas Cerai

Sebelum ini, penyanyi Noh Salleh pernah menjadi bualan orang ramai kerana tindakannya memperaga pakaian sambil memegang rokok di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) dan tindakannya itu menerima kecaman yang hebat.

Setelah reda dengan isu terbabit, muncul lagi satu video yang sedang menular di platform Twitter memaparkan Noh meludah ke arah peminat semasa membuat persembahan.

Advertisement

Bukan itu saja, Noh juga difahamkan membaling mic stand ke arah peminat dan tindakannya itu sememangnya membuat ramai netizen tidak puas hati serta berasa pelik apabila melihat tingkah lakunya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli apabila Noh meludah ke arah peminat dan membandingkan dengan kumpulan penyanyi lain yang tidak pernah berperilaku seperti itu.

Malah, ada juga mengatakan tindakan bekas suami Mizz Nina terbabit membaling mic stand kearah peminat adalah satu perkara yang membahayakan kerana boleh membuat peminat yang terkena cedera.

Susulan itu, ada yang netizen berkata penyanyi tersebut memang berhak ditinggalkan kerana jika hendak dibandingkan dengan tingkah laku Mizz Nina yang sopan serta solehah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ryan Bakery
2 years ago

(VIDEO) "Kalini Tak Kelakar" - Titip Pesanan 'Orang Single Tak Berguna', Ramai Netizen Nak 'Cancel' Ryan Bakery?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...