Sejak akhir-akhir ini, nama pendakwah bebas dikenali ramai, Ustaz Don menjadi perhatian netizen di Malaysia selepas berita dirinya akan ‘direhatkan’ dari bersiaran dalam saluran RTM tular akibat didakwa guna kisah hadis palsu.
Belum reda dengan berita tersebut, timbul lagi satu isu dimana tular satu video Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal didakwa menggunakan kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai bahan lawak.
Kalau sampai pasangan Nabi Adam pun si Don Daniyal ini jadikan bahan jenaka, rasanya memang patut dia direhatkan dari siaran TV. Baik gunakan masa yang terluang perbaiki masakan di restoran.
pic.twitter.com/ySBb85QBaw— Roman Akramovich (@SyedAkramin) June 8, 2024
Dalam video tersebut, pendakwah itu membuat satu jenaka mengenai isu dilemma kaum wanita yang tidak tahu makan di mana jika di ajak pasangan.
Kali terakhir seorang perempuan pilih untuk makan, Siti Hawa, kita semua kelaur daripada syurga, melawak je gurau, kalua tak boleh gurau duduk surau.
Susulan membuat lawak sedemikian, rata-rata netizen berasa kurang senang dan merasakan ia bukanlah satu topik yang sesuai untuk dijadikan bahan jenaka apabila berdakwah.