Isteri kepada pemain bola sepak Zaiza Zainal Abidin, Suzur Sofia mendedahkan bahawa anak kepada bekas jurulatih bola sepak popular Datuk Zainal Abidin Hassan itu pernah memaki dirinya secara keterlaluan ketika bergaduh.
Tulis Sofia, Zaiza menulis kata makian yang menyatakan bahawa bapanya sememangnya layak mati daripada mengetahui perangai sebenar anaknya itu.
Memang patut bapak you mati dari dia tau perangai you ni jenis betina apa.
Malah, Sofia berkata Zaiza adalah seorang ‘biawak hidup’ dan pernah disara arwah bapanya ketika masih hidup.
Arwah bapak aku la yang sara biawak hidup. Setiap bulan bagi cucu duit. Sekurangnya bapa aku meninggal dengan hati tenang sebab anak-anak dia semua bekerja, berdikari dan boleh berdiri sendiri.
Dia dalam pada itu meminta Zaiza untuk tidak mengeluarkan kata-kata kurang ajar dan bersyukur kerana masih mempunyai bapa yang masih bernafas dan belum menemui ajal.
Bapak aku pun tak nak bermenantukan kau. Kau ungkit, kau sebut bapak aku yang kubur dia masih berdarah lagi. Kau lupa yang bapa aku banyak tolong ketika arwah masih hidup.
Terdahulu, Sofia pernah dituduh curang oleh Zaiza gara-gara pekerjaannya sebagai seorang pramugari.