Melalui platform Threads, baru-baru ini, tercetusnya satu perbincangan hangat di kalangan warganet selepas seorang individu mempersoalkan sama ada kaum Melayu tidak mempunyai sebarang niat nak beli hartanah sendiri atau tidak.
Memang orang Melayu ni tak minat nak beli property ke?
Ramai sentap dengan persoalan individu ini..
Pertanyaan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen, bahkan membuka ruang ‘perbincangan’ yang jarang dibicarakan secara terbuka iaitu topik pemilikan rumah di kalangan bangsa Melayu.
Pada mulanya, individu yang menanyakan pertanyaan tersebut berkongsikan perjalanan hidup bersama isteri membeli hartanah, di mana ia bermula dari satu rumah ketika baru berkahwin, sehingga kini memiliki tiga buah rumah dalam tempoh beberapa tahun.
Lelaki terbabit turut berkongsikan strateginya iaitu mengguna Akaun 2 KWSP untuk membayar deposit rumah dan ansuran awal, beli rumah untuk disewakan, bayar hanya pada tahun pertama dan selepas itu rumah ‘jaga diri sendiri’, selepas itu hidup bersederhana.
Walaupun rumah ketiga yang dibeli lebih mahal dan besar, dia tetap menggunakan strategi yang sama digunakan sebelum ini.
‘Rezeki masing-masing berbeza’
Biarpun ramai yang menyokong serta berkongsi pengalaman sendiri, tetapi ada juga netizen yang berkongsikan cabaran mereka.
Ada netizen yang menegaskan golongan B40 terbeban dengan komitmen hidup harian seperti membayar hutang PTPTN, gaji tidak besar, kos komitmen kereta serta tidak dapat membuat simpanan kerana mempunyai gaji kecil.
Malah, terdapat juga netizen yang mengingatkan untuk tidak menyamakan rezeki masing-masing.