Pelakon dan penyanyi yang kini merupakan usahawan terkenal, Tya Arifin berharap agar mempunyai rezeki untuk mendapatkan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin memaklumkan bahawa dia dan suami, Asyraf Khalid masih perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum merancang untuk menambah ahli keluarga.
Memang nak sangat tambah anak, tapi agak risau untuk berbuat demikian sebab buat masa sekarang ni kita masih dalam situasi pandemik yang cukup berisiko.
Tya, 27, menjelaskan mungkin selepas keadaan semakin pulih, barulah dia dan suami merancang untuk tambah ahli keluarga.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu kini aktif menjalankan perniagaan produk Mutyara tidak terfikir untuk mencetuskan gimik untuk melariskan jualannya.
Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utama adalah untuk membantu orang ramai mencapai impian bersama dalam perniagaan.
Terdahulu, Tya meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia sejak bergerlar usahawan sejak empat tahun lalu.