“Memang Mendapatlah, Menyenyet Kau” – Isu Ciplak Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Trending

“Memang Mendapatlah, Menyenyet Kau” – Isu Ciplak Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Baru-baru ini, tular tentang Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming yang telah diciplak oleh seorang usahawan dan ia telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, usahawan yang menamakan ia Sambal Nyet Khairi itu meniru 100% perniagaan Khairul Aming tersebut daripada botol, tulisan sehinggalah poskad ditiru juga olehnya.

Advertisement

Khairul Aming menerusi semua platform media sosial telah memuat naik kenyataan daripada pihaknya dan mendedahkan dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Kata pempengaruh berusia 31 tahun itu, dia sudah tahu kewujudan sambal tiruan itu sejak beberapa hari lepas dan berdiam diri pada awalnya kerana sedang mengumpulkan bukti.

Kami dah beli sambalnya untuk dijadikan bukti dan jejak siapakah penjual tersebut. Sambalnya sangat identical. Kita telah kenal pasti siapakah seller dan hari ni peguam kami dah hantar letter of demand (LOD) di atas Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

 

Buat lapan tuntutan pada penciplak

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memaklumkan trademark Sambal Nyet sudah pun didaftar dan diluluskan pada tahun 2021 yang lalu.

Disebabkan itu, dia telah membuat lapan tuntutan kepada seller terbabit dan jika gagal untuk penuhi, Khairul Aming akan membawa ia ke proses undang-undang.

@khairulamingBerkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021. Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni♬ original sound – Khairulaming

Rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh Khairul Aming malah ramai yang bersetuju ini adalah contoh mengapa pendidikan itu penting seperti yang selalu ditekankan olehnya.

Khairul Aming
11 months ago

"Ni Baru 'Penghasut' Yang Sebenar" - Penangan Reviu Khairul Aming, Gerai Cendol RM1 Diserbu, Untung Cecah RM10K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...