“Memang Lesu…Semalam Tak Boleh Tidur….Kadang-Kadang Bangun Jam 3 Atau 4 Pagi” – Dr Noor Hisham

COVID-19

“Memang Lesu…Semalam Tak Boleh Tidur….Kadang-Kadang Bangun Jam 3 Atau 4 Pagi” – Dr Noor Hisham

Ternyata gelombang ketiga COVID-19 ini memberi kesan yang amat ketara terutamanya terhadap barisan hadapan (frontliners) seperti doktor dan juga semua staf-staf kesihatan.

KP Kesihatan juga terkesan akibat gelombang ketiga ini. Dengan jumlah kes yang naik secara mendadak, yang kadangkala mencecah 4 angka sehari, beliau meluahkan keadaannya yang makin lesu dari segi mental dan fizikal.

Advertisement

Lawan “Musuh” yang tak dapat dilihat

Tertekan dengan jumlah kes positif harian yang tinggi, barisan hadapan tetap berjuang untuk memerangi penularan COVID-19 ini. Namun mereka pun manusia juga, yang mempunyai keluarga. Ada diantara mereka yang masih tidak dapat berjumpa dengan isteri atau suami tersayang, anak-anak ataupun ibubapa.

Setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (yang merasai) tekanan yang amat tinggi.

Sejak kluster “Sabah” mula menggila sampai ke semenanjung, kes positif COVID-19 makin meningkat.

Kadang-kadang malam pun tak boleh tidur kerana pelbagai aktiviti yang kita fikirkan (mengenai) bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. (Namun), setakat ini kita masih boleh bertahan

Petugas kesihatan pun manusia juga. Mereka perlu berehat, tetapi mereka masih lagi berjuang habis-habisan untuk memerangi wabak COVID-19 ini.

Cuba anda bayangkan, petugas kesihatan adalah golongan yang paling senang terdedah pada virus ini, jadi dengan penguatkuasaan PKPB ini, marilah kita mematuhi SOP dan hanya keluar rumah jika perlu.

Ingatlah, petugas kesihatan dan frontliners lain tidak seharusnya dibebankan lagi dan dengan jumlah kes yang makin mendadak sejak gelombang ketiga ini, rakyat perlu memainkan peranan penting juga.

Sehingga kini sebanyak 949 petugas kesihatan telah dijangkiti wabak COVID-19.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...