“Memang Kami Akan Balas..” – Peguam Shila Amzah Bersuara Mengenai LOD Amy Search

Hiburan

“Memang Kami Akan Balas..” – Peguam Shila Amzah Bersuara Mengenai LOD Amy Search

Peguam yang mewakili penyanyi Shila Amzah kini sedang dalam proses mendapatkan maklumat dan bukti berkaitan daripada anak guamnya sebagai respon kepada notis tuntutan (LOD) yang dikemukakan oleh Datuk Amy Search.

Menurut peguam dari firma guaman Tetuan Naim, Adib & Jailani, Nini Adila Wan Omar, beliau yang dilantik oleh Shila telah pun dimaklumkan tentang LOD tersebut dan kini sedang meneliti kandungan dokumen berkenaan.

Advertisement

Dalam proses perundangan, bila kita terima apa-apa dokumen, ia sebenarnya prosedur yang normal bagi pihak yang dapat dokumen itu diberi masa untuk teliti, dapatkan nasihat peguam dan sebagainya.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses tersebut merangkumi pengumpulan bukti-bukti yang berkaitan sebagai persediaan membalas tuntutan daripada pihak Amy Search.

amy search

Tambah Nini Adila, buat masa ini tiada tempoh khusus boleh diberi mengenai bila jawapan balas akan disediakan kerana pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut daripada Shila.

Kita memang akan balas LOD yang diterima itu. Cuma bila, saya tidak dapat perincikan. Jadi, apa-apa pun saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

Beliau juga tidak mendedahkan kandungan LOD tersebut atas dasar privasi dan kerahsiaan.

Sementara itu, pengurus Shila, Aini memaklumkan bahawa penyanyi itu tidak akan memberikan sebarang kenyataan media pada masa ini.

Terima kasih sebab bertanya, tapi saya sebagai wakil Shila minta maaf sangat-sangat. Buat masa sekarang Shila tidak menjawab sebarang ‘interview’ media.

Kami sudah ‘hire lawyer’ untuk mewakili Shila. Jika memerlukan sebarang ‘statement’ (kenyataan) boleh hubungi lawyer kami sahaja.

Terdahulu, peguam kepada Datuk Amy Search, iaitu Datuk M Reza Hassan, mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar notis tuntutan kepada Shila Amzah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawha.

2025-08-07 11:07:41

Watie Hanifiah Betulkan Gigi Demi Shuib - "Biasalah Dapat Suami Jenis Cerewet"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...