Hari ini, pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sesi tuntutan hadhanah.
Dapat dilihat pelakon lelaki tersebut memakai sut berwarna biru, manakala Shuhada memakai jubuh serta tudung rona warna sama dengan Hafidz.
View this post on Instagram
Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengusik kedua-duanya setelah dilihat memakai baju sedondon ketika menghadirkan diri ke mahkamah.
Sementara itu, sewaktu ditanya oleh pihak media apakah harapan Shuhada untuk sebutan kes kali ini, wanita tersebut senyum dan berkata dirinya hanya mahu anak-anak.
Sewaktu ditegur warna bajunya sama seperti Hafidz, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu memberi reaksi terkejut sambil ketawa.
Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.