Anak sulung Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendedahkan bapanya pernah memberitahu impiannya iaitu dijemput Ilahi ketika sedang berkhidmat.
Menurut Iskandar Zulkarnain, 37 tahun, terlalu banyak nasihat Allahyarham kepada dia dan lima adiknya antaranya adalah untuk berdikari dan tidak bergantung padanya.
Ayah ada beritahu sekiranya dia meninggal dunia, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat.”
Tambahnya, mereka memang sudah lama meletakkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu sebagai ‘milik rakyat’ dan sudah dididik dari kecil yang dia perlu selalu bersama masyarakat.
Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya, Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf.”
Pemergian Allahyarham sangat memberi kesan terhadap ramai orang terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap beliau merupakan seorang sahabat.
Dalam pada itu, ramai turut berterima kasih kepada arwah kerana mewujudkan inisiatif Menu Rahmah dan ia semestinya meninggalkan pahala yang berpanjangan buatnya.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian pada jam 11.30 pagi tadi.