Memang Hobi Orang Melayu Kita Suka Cerita Hal Orang – Fazura

Hiburan

Memang Hobi Orang Melayu Kita Suka Cerita Hal Orang – Fazura

Sehingga hari ini, pelakon Fazura masih lagi menerima kecaman dan cacian kerana persembahan beliau yang dianggap “syok sendiri” di acara F1 baru-baru ini. Boleh dikatakan mereka yang mengkritik beliau 99% adalah orang Melayu.

Advertisement

Sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Fazura akui beliau lali dengan segala kritikan dan komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Namun, Fazura berpendapat, orang Melayu suka menjatuhkan bangsa mereka sendiri dan gemar bercerita tentang orang lain.

Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.

Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai).

Fazura bagaimanapun tidak akan berhenti menyanyi, tetapi beliau akui lagu yang dibawanya iaitu Sayangi Dirimu agak sukar untuk dinyanyikan oleh penyanyi baharu seperti beliau.

Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya. Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya.

Akhirnya Fazura mengaku juga bahawa lagu yang beliau nyanyi itu diluar kemampuannya. Mengenai isu dikritik pula, mungkin Fazura boleh juga terima komen yang positif dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam kerjaya seseorang selebriti itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...