“Memang Hobi Menyondol Eh?” – Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Buat Laporan Polis

Trending

“Memang Hobi Menyondol Eh?” – Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Buat Laporan Polis

Sejak berita tentang perkahwinan mereka diterbitkan oleh media, nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris sering menjadi bualan di media sosial.

Sebelum ini, ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana wang semata-mata tetapi tuan empunya badan sudah pun menafikan hal tersebut.

Advertisement

3 bulan lalu

"Saya Suka Sebab Dia Kelakar" - Jarak Usia 22 Tahun, Isteri Nafi Berkahwin Dengan DDNK Sebab Duit

Terbaru, Ernie sekali lagi menjadi buah mulut warganet di media sosial selepas ada individu memuat naik foto menunjukan gambar ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu bersama seorang wanita.

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit bertanya jika wanita bersama Mat Sabu itu adalah Ernie malah turut memerlinya sebagai ‘penyondol’.

Pompuan yang sama ke? Sampai sekarang saya cuba nak bezakan, macam sama je. Kalau betuk, memang hobi menyondol eh?”

Susulan itu, Ernie yang kecewa dengan individu terbabit kerana menyebarkan fitnah sehingga memalukan dia dan suami, telah tampil membuat laporan polis.

Menerusi keterangan Ernie pada laporan yang dibuat, dia dan suami dipercayai akan merujuk kepada pihak undang-undang untuk menyaman individu berkenaan.

Dua individu yang dikatakan telah menyebarkan fitnah dan foto-foto tersebut bagaimanapun dilaporkan telah memuat naik hantaran permohonan maaf mereka atas keterlanjuran masing-masing.

Kedua-duanya akui ia adalah kesilapan daripada pihak mereka dan apa yang dikongsi sebelum ini adalah tidak sahih selain berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada pihak lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    September 26, 2022 at 6:41 pm

    ..gamba lama tu dengan boipren angkat..ahaks

  2. anonymous

    September 26, 2022 at 3:31 pm

    money cant buy class

  3. Anonymous

    September 26, 2022 at 1:05 pm

    Ehhh tetiba boleh pandai pulak nasihat orang fikir dulu sebelum share ek…mudah nya hidup ko ken…takut kena saman la tuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...