“Memang Durjana” – Wanita Ini Didera Suami Hingga Koma, Keluarga Mentua Didakwa ‘Buat Tak Tahu’ Nafkah Cucu

Kehidupan

“Memang Durjana” – Wanita Ini Didera Suami Hingga Koma, Keluarga Mentua Didakwa ‘Buat Tak Tahu’ Nafkah Cucu

Gempar seketika media tempatan apabila satu kes penderaan seorang lelaki terhadap isterinya yang sehingga kini masih tidak terbela.

Mangsa, Jahidah Nordin yang dilaporkan teruk dibelasah masih lagi terlantar di atas katil dengan kerosakan otak yang kekal.

Advertisement

Lebih menyayat hati, Jahidah juga dilaporkan tidak boleh berinteraksi dan bermesra dengan anaknya, Eshan Nufail kerana kesakitannya itu.

Menurut adik kepada Jahidar, Fauziah Nordin memaklumkan bahawa suami ‘durjana’ kakaknya itu kini berada di penjara Johor Bahru dan perbicaraan mengenai kes keganasan rumah tangga itu akan bermula pada 6 Julai ini.

Dalam pada itu, Fauziah turut meluahkan rasa kesal kerana keluarga suami kakaknya itu tidak tampil ke hadapan untuk melawat, jauh sekali untuk bertanya khabar semenjak Jahidah jatuh koma sekitar bulan Mei tahun lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan keadaan Jahidah kini yang tidak mampu berbuat apa-apa dan sedang melawan kesakitan.

jahidah didera suamiSumber : Utusan Malaysia  

Kata netizen, keluarga suami Jahidah tidak sepatutnya mendiamkan diri kerana mempunyai cucu (Naufal) yang perlu ditanggung dan diberi nafkah.

Berat tanggungjawab mereka. Nafkah waris diorang kena tanggung. Culas tanggungjawab menjawab la di akhirat.

Terdahulu, Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor akibat dicederakan suaminya pada Mei tahun lalu.

Dia yang pada ketika itu hamil telah melahirkan anaknya, Eshan Naufal pada 30 November tahun lalu menerusi prosedur pembedahan.

Jahidah mangsa pukul suami hingga koma
3 years ago

Air Mata Gugur Setiap kali Sentuh Anak, Derita Si Ibu Dipukul Suami Hingga Koma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...