Gara-gara mengeluarkan kenyataan melulu, seorang pakar perubatan khabarnya bakal disaman keluarga Allahyarham Zara Qairina.
Dalam satu hantaran yang dibuat individu itu, dia yang juga pakar perubatan dilaporkan membuat kenyataan berbaur ‘konklusi’ yang menjurus kepada kefahaman Allahyarham Zara terjun sendiri dari bangunan sekolah.
Hantaran asal tersebut kemudiannya menjadi tular dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan amarah netizen.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat atau menyebarkan kenyataan palsu berkaitan kes kematian pelajar sekolah agama, Adik Zara Qairina Mahathir.
Penyebaran maklumat yang tidak sahih bukan sahaja boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa, malah turut menambah kesedihan keluarga mangsa yang sedang berdepan dugaan besar.
Ingatlah, setiap kenyataan yang dimuat naik di media sosial meninggalkan kesan, dan jika palsu, ia boleh mengundang tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau peruntukan lain yang berkaitan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.