“Memang Dari Dulu Makan Sekali Sehari”, Kisah “Siswa Miskin” Jadi Bualan Netizen

Trending

“Memang Dari Dulu Makan Sekali Sehari”, Kisah “Siswa Miskin” Jadi Bualan Netizen

Kehidupan selaku seorang pelajar universiti bukanlah selalunya indah. Selain daripada mengerah otak untuk belajar, ada sesetengah pelajar yang terpaksa mengikat perut setiap hari kerana kekurangan wang untuk makan. Kesengsaraan ini telah pun dibongkar oleh sebuah suratkhabar baru-baru ini, menyebabkan para netizen yang pernah bergelar siswa dan siswi turut berkongsi pengalaman mereka ketika belajar satu ketika dahulu.

Kebanyakan pelajar yang terpaksa mengikat perut ini terdiri daripada keluarga berpendapat 40% terendah (B40). Setiap hari mereka membelanjakan hanya sekitar RM2 hingga RM2.50 untuk mengisi perut. Malah ada yang membeli sarapan pagi dan menyimpannya sehingga ke waktu makan malam sebagai cara berjimat-cermat.
makan nasi
Antara makanan yang popular di kalangan para siswazah ini ialah mi segera dan juga ‘nasi bujang’ yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan.

Advertisement

Salah seorang pelajar iaitu Muhammad Nurfathi Abdul Hamid memaklumkan makan sekali sehari adalah perkara biasa buat dirinya:-

Saya juga selalu cari peluang hadir program, aktiviti atau majlis di dalam dan luar kampus, yang biasanya turut sediakan makanan. Kadangkala, saya berpuasa atau tidur awal pada waktu malam untuk lupakan rasa lapar. Sepanjang pengajian, saya tidak boros dan beli barang ikut keperluan sahaja, malah tiada motosikal atau kereta

makan nasi

Para netizen yang mengikuti pendedahan ini turut sama berkongsi pengalaman mereka ketika bergelar pelajar universiti satu ketika dahulu. Menurut mereka, perkara ini adalah satu kebiasaan. Sampai ada yang hilang rambut, turun berat berkilo-kilogram dan berpuasa sepanjang minggu.
makan nasi
Ada juga netizen yang mempersoalkan pendedahan ini kerana menurut mereka ramai pelajar yang kelihatan bergaya dengan smartphone terbaru, makan di kafe-kafe hipster dan juga berpakaian mewah. Ada juga yang menasihati para siswazah untuk melakukan kerja ‘part-time’ untuk menyara kos hidup mereka.
makan nasi

makan nasi
Pendedahan ini turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Razak. Beliau telah melahirkan rasa sedih melihat nasib yang menimpa pelajar-pelajar universiti.

makan nasi
Apa pula pendapat anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...