January 9th, 2018

Sejak menyertai program pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza 2017, nama kumpulan UNIC kembali bersinar ataupun di angkat semula dan mendapat peminat baharu terutama sekali golongan muda.

Ramai yang tahu, keakraban ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Fakhrul, Bazli dan Najdi tidak dapat disangkal  lagi. Namun, peminat mereka menerima berita yang agak mengejutkan apabila Najdi dikatakan telah menarik diri daripada UNIC kerana timbulnya salah faham bersama Bazli.

Malah, muat naik Nadji dengan kapsyen “Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau” menguatkan lagi dakwaan penarikan dirinya itu.

Nadji  menerusi portal Harian Metro mengakui “posting” tersebut ditujukan kepada Bazli dan memberitahu beliau sukar untuk bekerja dengan Bazli yang disifatkan seorang yang  suka cakap lepas.

Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana. Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul. Kesabaran saya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.

Semestinya peminat UNIC bersedih dengan keputusan mengejut Nadji. Walaubagaimanapun, kami tetap berharap agar perkara ini tidak berpanjangan dan semoga perbalahan mereka ini dapatlah diselesaikan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro


32 responses to “Memang Dah Lama Tak Puas Hati Dengan Kau- Najdi Tarik Diri Dari UNIC Kerana Bergaduh Dengan Bazli?”

  1. Anti ustaz bergaduh says:

    Ala… sebahagian golongan ustaz2ni memang suka bergaduh sesama sendiri. Masing2 nak tunjuk dia ahli syurga. Tak terkejut pun kalau bergaduh..ustaz2 hebat pun saling berbalah sesama sendiri, inikan pula penyanyi nasyid. Semua sbb nk kejar glamor. Ustaz2 skrg byk yg kejar glamor.

  2. Anonymous says:

    najdi ni kelantan ke…buat malu grup nasyid buat statement cenggitu…setel diam2 jela bangang….

  3. ina says:

    Rasanya masa diorang kena tangkap di sempadan syria aritu,ada terperasan bazli marah kat najdi masa interview “ni ko lah punya pasal, ramah sangat sampai dengan semua orang nak berborak”‘. Try tengok video tu kat YouTube

  4. melati says:

    Wow …comey2 belako Cimpazi sekarang ..!!! indah nya ciptaan Tuhan….!!

  5. Anonymous says:

    rasanya gimik je..jangan laa tertipu..sekian

Loading...