Sejak menyertai program pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza 2017, nama kumpulan UNIC kembali bersinar ataupun di angkat semula dan mendapat peminat baharu terutama sekali golongan muda.
Ramai yang tahu, keakraban ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Fakhrul, Bazli dan Najdi tidak dapat disangkal lagi. Namun, peminat mereka menerima berita yang agak mengejutkan apabila Najdi dikatakan telah menarik diri daripada UNIC kerana timbulnya salah faham bersama Bazli.
Malah, muat naik Nadji dengan kapsyen “Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau” menguatkan lagi dakwaan penarikan dirinya itu.
Nadji menerusi portal Harian Metro mengakui “posting” tersebut ditujukan kepada Bazli dan memberitahu beliau sukar untuk bekerja dengan Bazli yang disifatkan seorang yang suka cakap lepas.
Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana. Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul. Kesabaran saya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.
Semestinya peminat UNIC bersedih dengan keputusan mengejut Nadji. Walaubagaimanapun, kami tetap berharap agar perkara ini tidak berpanjangan dan semoga perbalahan mereka ini dapatlah diselesaikan dengan baik.