“Memang Dah Anggap Macam Kakak Sendiri” – Nora Ariffin Bawa Pembantu Rumah Bercuti

Hiburan

“Memang Dah Anggap Macam Kakak Sendiri” – Nora Ariffin Bawa Pembantu Rumah Bercuti

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mencuri perhatian orang ramai selepas membawa pembantu rumah untuk bercuti bersama-sama keluarganya ke Langkawi buat kali pertama.

Nora Ariffin
2 bulan lalu

"Sebagai Artis Yang Sudah Berhijrah, Bukan Mudah Untuk Kekal Istiqamah.." - Nora Ariffin

Advertisement

Nora atau nama lengkapnya Datuk Wan Norafizah binti Dato’ Wan Ariffin memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya yang merakamkan video pembantunya itu sedang menikmati percutian bersama-samanya.

Nora Ariffin

Menurut Nora, percutian itu adalah hadiah istimewa buat wanita tersebut demi menghargai penat lelahnya sebagai pembantu setelah 23 tahun setia berkhidmat dengannya.

Ini adalah pembantu rumah saya. Tetapi kami sebenarnya sudah anggap dia seperti keluarga. Kawan-kawan rapat pasti mengenali dirinya.

Penyanyi lagu Secebis Harapan itu menjelaskan perkongsian yang dibuatnya itu dengan niat supaya kita semua menghargai kebaikan orang pada kita.

Sebak saya melihat betapa gembiranya dia bila dapat bersama-sama bercuti dengan saya. Sebagai majikan, inilah cara saya menghargai jasa dia yang telah menjaga saya, suami dan anak-anak selama ini.

Advertisement

Nora, 48, benar-benar menghargai jasa baik pembantunya itu yang disifatkan telah banyak menolong dan menjaga keluarganya dengan sangat baik.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 10, 2021 at 8:25 am

    Adoi, ye ye ye tau tau… bwk maid p coti2 ey.. ok2 bagos2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...