“Memang Cukup-Cukup Makan Je Lah”, Peguam Kongsikan Kes Suami Bayar Nafkah Makan Anak RM6 Sehari

Kehidupan

“Memang Cukup-Cukup Makan Je Lah”, Peguam Kongsikan Kes Suami Bayar Nafkah Makan Anak RM6 Sehari

Kes penceraian antara ibu bapa memang akan memberikan kesan pada anak-anak secara tidak langsung. Bukan sahaja soal perbelanjaan bekas isteri tapi nafkah anak-anak pun boleh jadi isu.

Baru-baru ini pula tular perkongsian seorang peguam ini tentang seorang bapa yang membentangkan cadangan pemberian nafkah untuk anak-anaknya. Kalau baca, memang geleng kepala dibuatnya.

Advertisement

Belanja untuk makan minum anak hanya RM6 yang diperuntukkan. Maknanya, makan sehari dalam kos RM2 sahaja!

nafkah anak
Mungkin kalau untuk anak-anak di sekolah rendah cukup untuk belanja di kantin sekolah. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang dan barang yang makin mahal memang cukup-cukup makan sahaja lah jawabnya.


Memandangkan isu ini pun sudah mendapat perhatian netizen, peguam yang berkongsikan isu ini memberikan pandangan beliau sendiri. Berdasarkan pengalaman beliau, memang sudah lazim kes macam ini berlaku.

Tak wajar keperluan anak dipotong

peguam

“Yang perlu dipotong adalah tanggungan bapa yang tidak perlu. Rokok tetap juga hisap. Kereta nak juga pakai kereta besar.”

Ada yang komen jelas cadangan tersebut mengikut kemampuan bapa, itu sahaja yang bapa mampu bagi. Ya, itu hanya menurut dakwaan dia sahaja bahawa dia tak mampu.

Kebanyakan kes di mahkamah syariah biasanya memang bapa tidak akan mengaku dia mampu, jarang sekali mengaku mampu. Maka tugas ibu perlu buktikan kemampuan bapa, cari dokumen & saksi.

Ada yang komen RM2 sekali makan logik utk budak sekolah rendah… Siapa yang ada anak mesti tahu & faham berapa jumlah yang cukup untuk keperluan makanan anak seharian, sarapan mungkin cukup untuk zaman sekarang, air sahaja dah rm1, nuget 3 ketul rm1, anak2 juga perlukan makanan yang berkhasiat utk bertenaga seharian di sekolah, tak kira lagi tu yang sekolah pagi & petang, malam dah lapar balik.

Dalam kes lain dimana bapa berkahwin baru, maka sepatutnya bapa berusaha untuk menambah pendapatan. Bukannya tanggungan lama dipotong atau dikurangkan dengan alasan banyak tanggungan.

“Ibu tidak akan bersusah payah menuntut nafkah anak di mahkamah jika bapa jalankan tanggungjawab beri nafkah & tidak cuai”

komen facebook

“Mkn tengahari ngan malam RM2 each…dia nak anak2 dia mkn megi hari2 ke?”

komen facebook
Soal nafkah anak-anak ni memang isu sensitif juga selepas bercerai. Yang mana pernah lalui pun mesti tahu macam mana keadaan sebenarnya. Tapi yang penting, kebajikan anak perlu diutamakan.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.