Memang Berisiko Tapi Takkan Nak Gugurkan Pula – Zizie Ezette

Hiburan

Memang Berisiko Tapi Takkan Nak Gugurkan Pula – Zizie Ezette

Baru sahaja beberapa bulan Zizie Ezette melahirkan bayi kembar lelaki dan kini beliau sudah sah hamil tiga bulan. Terus -terang beliau juga bimbang dan merasa takut untuk melalui semula detik melahirkan bayi secara pembedahan sekali lagi.

Advertisement

Namun, Zizie merasa sedikit lega apabila doktor memberitahu beliau okay sahaja untuk hamil lagi.  Memanglah akan ada risikonya tetapi Zizie berharap netizen hanya mendoakan yang baik-baik sahaja buat beliau dan kandungannya.

Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkakan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan. Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali.

Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi. Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar pada 2009. Mereka dikurniakan bayi kembar pada 29 Disember tahun lalu yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...