“Memang Banyak Beza, Tapi Netizen Kecam Tu Pergi Sekolahkan?” – Anak Sulung Dedah Cara Arwah Suhaimi Saad ‘Home Schooling’

Hiburan

“Memang Banyak Beza, Tapi Netizen Kecam Tu Pergi Sekolahkan?” – Anak Sulung Dedah Cara Arwah Suhaimi Saad ‘Home Schooling’

Anak sulung kepada penyanyi Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie berkata dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang memberikan kecaman dan kritikan negatif kepada keluarganya kerana memilih untuk ‘home schooling’.

Hadie, 16, mendedahkan arwah bapanya sangat bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan penuh buat dirinya serta adik beradiknya yang lain.

Advertisement

anak sulung ina naim dan suhaimi saad

Alhamdulilah dengan didikan arwah ayah saya iaitu Suhaimi Saad jadi sekarang ini saya boleh belajar membaca, mengira dan kebanyakan kawan saya memang berikan sokongan untuk homeschooling ini.

Memang banyak beza antara pergi sekolah dan belajar home schooling ini. Walaupun orang kecam tapi saya tak terasa pun malah yang komen tu antaranya dalam kalangan netizen yang pergi sekolahkan?

Kata Hadie, bapanya juga mementingkan pengajaran bahasa Arab dan Kemahiran Hidup dalam pembelajaran mereka adik-beradik.

Macam saya dulu memang tiap-tiap hari belajar walaupun orang lain cuti raya ke tapi kami tidak, berehat hanya Jumaat serta Sabtu saja.

Arwah ayah akan ajar bahasa Arab pada hari Ahad, Isnin pula Bahasa Melayu, Selasa bahasa Inggeris, Rabu belajar Matematik dan Khamis pula Kemahiran Hidup.

Terdahulu, Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada 15 November 2023 setelah ditidurkan disebabkan menghidap pneumonia.

Setelah setahun menjadi balu, isteri Suhaimi Saad, Ina Naim akhirnya bertemu jodoh sekali lagi bersama jejaka pilihannya pada awal November lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura fattah hak penjagaan anak
1 month ago

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...