“Memang Angan-Angan Sejak Kecil”- Fazura Teruja Dapat Berniaga Sayur Dekat Pasar Kelantan

Hiburan

“Memang Angan-Angan Sejak Kecil”- Fazura Teruja Dapat Berniaga Sayur Dekat Pasar Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Nur Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

Baru-baru ini, Fazura, 39, berkongsi pengalaman berharga apabila dapat melibatkan diri menjual sayur-sayuran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Advertisement

Pengalaman tersebut dikongsikan melalui video YouTube akaun milik pelakon itu sendiri. Menurutnya berniaga merupakan angan-angannya sejak kecil dan berasa sangat teruja impian berkenaan dapat dilaksanakan.

Difahamkan tujuan utama video tersebut dimuat naik kerana niat untuk menunjukkan perjalanannya ke kediaman jurumekap peribadinya, Rozlan Nassir serta merasai kemeriahan Hari Raya Aidiladha di negeri Kelantan.

Fazura berkata bahawa sambutan raya Haji di Kelantan jauh lebih meriah berbanding negeri-negeri lain termasuk ibu kota.

Selain itu, Fazura juga menerangkan bahawa dia berasa sangat kagum dengan kerjasama dan silaturrahim antara orang kampung yang saling melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mengucapkan syukur kerana dilayan begitu baik dan perkara berkenaan merupakan sebuah memori manis yang tidak akan dilupakan.

Fazura mesra dengan peminat
2 years ago

"Sebak Pula Tengok.." - Mesra Layan Peminat Tanpa FIkir Status, Netizen Label Fazura Artis Paling 'Humble'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...