“Memang Allah Tak Izin” – Nabil Ahmad Rugi RM2.5K, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish

Hiburan

“Memang Allah Tak Izin” – Nabil Ahmad Rugi RM2.5K, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish

Semalam, konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish telah berlangsung pada jam 8.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rata-rata peminat yang menghadiri konsert “Billie Eilish Happier Than Ever, The World Tour 2022” itu turut berkongsi hantaran video keterujaan mereka semasa konsert di media sosial.

Advertisement

Malah, ada juga peminat yang sanggup beratur di perkarangan stadium seawal jam 4 pagi demi mendapatkan tempat di barisan hadapan berdekatan pentas.

Namun, lain pula dengan nasib pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang menyangka konsert Billie Eilish itu akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 hingga 19 Ogos 2022.

Weh aku salah date! La ilaha illallah… Memang Allah tak izin lah senang cerita.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi TikTok Era.je, Nabil dilihat terkejut sehingga terduduk selepas menyedari tarikh pada tiket konsert tersebut adalah semalam dan bukannya hari ini.

@era.je

Hahaha, buat hal lah @nabilzira . Dia boleh pulak terlupa tarikh konsert @billieeilish . Dia ingat konsert tu ada 2 hari. ? #sharERA #3PagiERA #fyp

? original sound – ERA – ERA

Difahamkan, dia sepatutnya menghadiri konsert itu bersama isteri, Nazirah Ayub dan anak-anak, namun tiket mereka yang bernilai RM2,540 iaitu RM509 setiap satu ‘burn‘ selepas gagal menghadirkan diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi kata-kata positif dan husnuzon bahawa Allah telah melindungi Nabil dan keluarganya dari perkara-perkara yang lagha.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Billy Eilish konsert malaysia
2 years ago

"Ni Billie Ellish Ke Bilis?" - Bayar Sampai RM500 Tengok Konsert Tapi Terhalang Khemah, 'Sound System' Hauk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...