Memang Air Mata Jantan Saya Jatuh Kerana Peritnya Putus Tunang – Sufian Suhaimi

Hiburan

Memang Air Mata Jantan Saya Jatuh Kerana Peritnya Putus Tunang – Sufian Suhaimi

Banyak meluahkan perasaan di media sosial dengan posting sedang kecewa dan derita,penyanyi Sufian Suhaimi menerusi portal mStar Online akui air mata jantannya menitis kerana terlalu sedih dan merasa perit terpaksa memutuskan pertunangan dengan Elfira Loy.  Walaubagaimanapun, sama seperti Elfira, Sufian juga sudah redha dengan apa yang berlaku.

Advertisement

Sejujurnya saya akui memang sangat sedih. Apabila perkara ini berlaku, jatuh jugalah air mata ‘jantan’ saya tapi bukanlah di hadapan kamera.

Tapi Alhamdulillah, saya ada sokongan daripada keluarga, rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan saya. Saya redha dan menerima segala takdir yang sudah tertulis dengan tenang dan ketentuan dari Allah SWT.

Buat masa ini, Sufian belum terfikir untuk mencari pengganti mahupun kembali ke alam percintaan dan ingin memberikan tumpuan kepada karier nyanyiannya yang baru sahaja ingin meningkat naik.

Terdahulu, Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 selepas beberapa bulan berkenalan.

Namun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah atas persetujuan keluarga. Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 23 atau 24 Mac ini.

Sumber Berita : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

56 Comments

  1. Jemah

    February 27, 2018 at 12:37 pm

    Itulah….lain kali nak cari isteri tgk dulu keadaan diri dulu….sepadan x dgn awak. Ni awak nak menumpang kesenangan dia dan keluarga dia sendiri jawablah. Org yg xbyk cakap dan berkata ok tanpa sebarang bantahan diatas setiap cadangan kita lagi bahaya drpd org yg bercakap lepas. Sekurang2nya org yg lepas ckp kita tau buah fikiran nya tapi org yg hanya menerima akan buat kita leka dan perasan bahawa smua benda dlm gengaman kita. Terimalah hakikat yg airmata jantan tu bukan sebab awak sedih sebab putus tunang tapi sedih terlepas benda baik yg awak yakin dapat mengengamnyer. Cari duit dulu…..sediakan apa yg sepatutnya ketua keluarga sediakan bukan berangan nak menumpang kesenangan bakal isteri. Artis yg menyokong terutama shahanaz xboleh djadikan contoh. Sbb dia sendiri berasal dr keluarga berada so padanlah dgn wife dia. Jadi lelaki jgn mudah dicucuk hidung dgn perempuan.

    • lily

      February 27, 2018 at 3:13 pm

      babe, rasanya sharnaaz sokong bukan pasal dia sekufu dgn isteri dia sekarang. tapi kerana dia juga pernah kena reject dengan family exgf dia. so dia paham feelingnya macam mana

  2. yna

    February 27, 2018 at 11:24 am

    sekarang baru ko rase macam tu la perit nye ex gf ko.
    dah la xmengaku bagai..
    nak ckp padan muka mcm zalim sgt
    tapi tu lah..

  3. Tiada arah jodoh kita

    February 27, 2018 at 11:16 am

    takpelah jodoh ajal semua ditangan Allah, kalau nak menangis tu pian menangislah, mengadulah dekat ALLAH. biar diberikan kekuatan dan jodoh yang lebih baik. takpelah tu, diuji sebab ALLAH nak kau dekatkan diri dengan ALLAH, kira beruntung juga pian dengan el ni. ujian tanda ALLAH masih sayang. berbahagialah..

  4. Haha

    February 27, 2018 at 10:44 am

    Rugi la kalo x kawen..masa brsama pegang tgn lembut gemalai,bau wangi, borak sambil mlawak lg…

  5. Nyonya Mansor

    February 27, 2018 at 10:03 am

    MOVE ON

Loading...