September 28th, 2020

Mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013, namun sering saja terpalit kontroversi mengenai kehidupan rumah tangga yang sering bergoyah telah membuatkan penyanyi Datin Alyah hampir berputus asa dalam mempertahankan mahligai yang dibina.

Ujar Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 39, dia sememangnya sedar ada pihak tertentu yang tidak senang dengan pekahwinannya bersama Daruk Ramli MS.

Malah, tambahnya lagi, memanf ada yang ‘menunggu’ rumah tangga mereka berpecah belah dan bercerai berai.

Namun, menurut Alyah, dia enggan membiarkan perkara ini daripada terus berlanjutan dan telah mengambil inisiatif bersama suaminya yang juga komposer terkenal itu untuk mula belajar mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri masing-masing dalam usaha menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

Kenal tak mamat blakang tu?? Memang jarang nampakla dia dgn saya ? Kita orng selalu calling calling je.Jumpa pon senyap senyap shhhhhhhhhh jgn bilang syiapa syiapa ? Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan.Sebenarnya ni laaa skandal saya slama ni….??? Memang dia tak pernah letak pic saya dlm ig dia dah nama pon skandal…hehehe Tapi dlm fon dia byk tau pic saya sampai muntah dia tengok…?????? (Cerita kat atas tu gurau je jgn serious sgt) Happy working peeps Apa apa pon jgn lupa dapatkan perfume saya tau…mesra solat & wuduk @alyahfragrance @alyahfragrance @alyahfragrance ??? 011 28943516 zetty

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

“Berubah dua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu rasa kita sudah tiada jodoh dah.. macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ni, rumah tangga ada up and down. Orang dekat luar pun get ready ja. bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita..”

Dalam pada itu, dia yang ditemui ketika majlis pengenalan duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya, sabtu lalu turut mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia seni dalam masa beberapa tahun lagi kerana ingin memberi laluan untuk mendapatkan zuriat.

 

View this post on Instagram

 

Salam jumaat Buat apa je tu???

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Dia turut menjelaskan bahawa mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata melalui proses rawatan kesuburan In-Vitri Fertilisation (IVF) tidak lama lagi.

“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambah ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan IVF.” – Datin Nur Alyah

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...