Mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013, namun sering saja terpalit kontroversi mengenai kehidupan rumah tangga yang sering bergoyah telah membuatkan penyanyi Datin Alyah hampir berputus asa dalam mempertahankan mahligai yang dibina.
Ujar Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 39, dia sememangnya sedar ada pihak tertentu yang tidak senang dengan pekahwinannya bersama Daruk Ramli MS.
Malah, tambahnya lagi, memanf ada yang ‘menunggu’ rumah tangga mereka berpecah belah dan bercerai berai.
Namun, menurut Alyah, dia enggan membiarkan perkara ini daripada terus berlanjutan dan telah mengambil inisiatif bersama suaminya yang juga komposer terkenal itu untuk mula belajar mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri masing-masing dalam usaha menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.
“Berubah dua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu rasa kita sudah tiada jodoh dah.. macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ni, rumah tangga ada up and down. Orang dekat luar pun get ready ja. bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita..”
Dalam pada itu, dia yang ditemui ketika majlis pengenalan duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya, sabtu lalu turut mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia seni dalam masa beberapa tahun lagi kerana ingin memberi laluan untuk mendapatkan zuriat.
Dia turut menjelaskan bahawa mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata melalui proses rawatan kesuburan In-Vitri Fertilisation (IVF) tidak lama lagi.
“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambah ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan IVF.” – Datin Nur Alyah
Sumber : mStar Online