October 21st, 2015

Perasaan cinta yang masih menebal dalam hati adalah salah satu sebab mengapa Datuk Eizlan Yusof masih ingin memujuk bekas isterinya Vie Shantie untuk kembali rujuk semula.

Tidak pernah dilihat bersama wanita lain sejak bercerai, Eizlan mengakui tiada wanita lain yang bertakhta didalam hatinya selain daripada bekas isteri beliau.

Perasaan sayang masih tebal terhadap Vie. Dulu saya tak terfikir untuk berpisah jadi sekarang saya berusaha sedaya mampu untuk kembali memenangi hatinya.Saya fikir ini adalah untuk kebaikan kedua-dua pihak.  Buat masa ini hati saya memang tertutup buat wanita lain. Sebab saya masih sayang Vie dan belum terfikir mencari pengganti.

Lainlah kalau Vie nak kahwin dengan orang lain dan tidak mahu kembali rujuk dengan saya dan ditambah sudah tiada cara lagi untuk kami kembali sebagai suami isteri, maka mungkinlah waktu itu saya akan cuba memberi peluang kepada wanita lain.

Mengakui ada wanita yang cuba mendekati dirinya, Eizlan hanya menganggap mereka sebagai kawan biasa dan tidak mahu memberi harapan palsu kerana takut akan melukakan hati mana-mana pihak.

Memanglah lumrah kehidupan apabila lihat kita dah hidup solo, ada lah yang mahu rapat. Tetapi saya anggap sekadar kawan biasa sajalah.

Bekas isteri Datuk Eizlan Yusof & anak-anak mereka

Saya tidak mahu beri harapan nanti takut akan melukakan hati. Lagipun, saya sedang berusaha untuk memujuk bekas isteri kembali rujuk.

Memang jelas Datuk Eizlan Yusof masih lagi cinta dan sayang pada bekas isterinya, semoga Allah SWT permudahkan niat beliau sekiranya jodoh mereka  masih ada.

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...