December 4th, 2018

Tindakan penyanyi Datin Alyah yang didakwa sengaja ingin aibkan suaminya dengan meninggalkan komen berbaur sindiran menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah mengenai status rumah tangganya bersama Datuk Ramli MS.

Adakah mereka mempunyai masalah sehingga Alyah pernah memuat naik kenyataan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi.

Tidak mahu isu lebih besar timbul, Alyah menjelaskan niat asal beliau memberikan komen tersebut hanya sekadar gurauan semata-mata. Namun, komen seorang wanita yang membuat tuduhan terhadap dirinya membuatkan Alyah ‘naik hantu’ dan akhirnya tercetus perbalahan.

Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.

Jika diikutkan kata hati, Alyah sudah mahu mengambil tindakan menyaman wanita berkenaan tetapi merasa kasihan saat mengetahui wanita itu sebenarnya seorang ibu tunggal.

Menjawab perihal rumah tangganya, Alyah memberitahu beliau masih lagi bersama Ramli MS cuma enggan lagi bercerita lebih lanjut mengenainya.

Sumber Berita : mStar Online


22 responses to “Memang Ada Sedikit Isu Tetapi Masih Bersama Ramli MS – Alyah”

  1. Mia says:

    Tebalnye make up aliyah.. tu saje nak comment.. hehehehee

  2. Anonymous says:

    Janda yg ada anak, gerenti ada anak akan dtg. Tpi…

  3. sajat says:

    ramli ms pun rimas dengan kau, memanjang meroyan
    meroyan dekat ig, dengan ayat yang tiada koma & titik nya.. dengan ayat berbelitnya.. pening kepala aku baca
    dah dah lah alyah, macam mayat hidup dah aku tengok kau ni..
    kesian aku tengok kau ni, lepas kahwin tak bahagia macam orang lain

  4. tipahhh says:

    as a woman, i lost respect to Alyah. If u in toxic relation, end it, or give space utk diri you n him, utk perbaiki diri kalau sygkan marriage tu, rather than bising2 kat socmed. Ni ko da royan, pastu boleh bagi statement masih bersama? Sbb tu laki ko tu BULI kau, xde pendirian, xtegas, lembik. Kau yg bukak aib, kena nasihat ko marah. yg komen tu pun satu lebih2 sgt nak tentukan dosa pahala orang, sendirik pun mak jannnnn..

  5. ramlah says:

    aritu ckp da xnk jwb pape lg klu org tya psl hal umah tangga ..ni per cer plk kak yah oiiiii … mental la ko ni ..oppps lupe retis

Loading...