Written by Bella | December 4th, 2018

Tindakan penyanyi Datin Alyah yang didakwa sengaja ingin aibkan suaminya dengan meninggalkan komen berbaur sindiran menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah mengenai status rumah tangganya bersama Datuk Ramli MS.

Adakah mereka mempunyai masalah sehingga Alyah pernah memuat naik kenyataan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi.

Tidak mahu isu lebih besar timbul, Alyah menjelaskan niat asal beliau memberikan komen tersebut hanya sekadar gurauan semata-mata. Namun, komen seorang wanita yang membuat tuduhan terhadap dirinya membuatkan Alyah ‘naik hantu’ dan akhirnya tercetus perbalahan.

Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.

Jika diikutkan kata hati, Alyah sudah mahu mengambil tindakan menyaman wanita berkenaan tetapi merasa kasihan saat mengetahui wanita itu sebenarnya seorang ibu tunggal.

Menjawab perihal rumah tangganya, Alyah memberitahu beliau masih lagi bersama Ramli MS cuma enggan lagi bercerita lebih lanjut mengenainya.

Sumber Berita : mStar Online

21 responses to Memang Ada Sedikit Isu Tetapi Masih Bersama Ramli MS – Alyah

  1. mama-81 says:

    ehhh..dia yg mmg niat nak aibkan suami dia..gurau apa klu dh sampai jatuhkan aib suami..bila org nasihatkan marah pulak…tak pyh sampai nk sampai perempuan tu cuma bagi nasihat.. artis sikit2 saman

    41

    1
    • Anonymous says:

      alaaaa..yang iye nye time tu die bukan bergurau pon. saje nk cover la tu. kalau btol gurau xkn la smp kuar isu penat berpura2 bagai, kan kak YAH kan. ko ni xpatut lagi jadi bini org. cane laki ko bleh bertahan ngan perangai ko pon aku xtau. eh lupe, laki nye pon jenis ignorant.

      24

      0
    • Anonymous says:

      Terlajak perahu..boleh ditarik balik..
      Sah2 kau ada masaalah..mana ada gurauan macm tu…aibkan laki..lepas tu nk salahkan org lain pulak..lain kali pikir dulu sblum berkata2

      21

      0
  2. kakikucinghitam says:

    semoga ujian ini merapatkan kamu berdua kembali

    13

    0
  3. joy yah says:

    xyah la canang hal umah tangga ko…esok2 baik balik…pastu buat hal canang lagi…be matured la sikit…perangai cm bdk baru bercinta

    15

    0
  4. hakak says:

    pehh ganas cara gurau tu.. len kali nak bergurau ke hape, buat depan2.. ni ko komen kat ig, bila org komen, tau pulak ko sakit ati.. ko igt sumer org tau ke ko tgh bergurau senda kat situ..

    14

    1
  5. Anonymous says:

    kalau xnak org komen yg bukan2 or bg nasihat first thing jgn upload yg bukan2

    12

    0
  6. Anonymous says:

    Erm kau nak saman dia atas dasar apa? Sebab dia tagged kau banyak kali dalam ig? Sebab dia nasihatkan kau? Lol!

    20

    0
  7. Anonymous says:

    risau tgk penampilan dia ni.
    nak kata minah lebanon…melayu.
    nak kata kafir, so far setahu aku dia ni islam somemore.
    tapii tang kuku..make up..tudung..alahai!

    9

    0
  8. Anonymous says:

    Terlajak perahu..boleh ditarik balik..
    Sah2 kau ada masaalah..mana ada gurauan macm tu…aibkan laki..lepas tu nk salahkan org lain pulak..lain kali pikir dulu sblum berkata2

    6

    0
  9. damai says:

    wpun bgm keadaan mcm mana sekali pun, jgn sekali aibkan pasangan masing2, kalau x ada kefahaman, cuba cari puncanya, dah mmg btl x tahan, cerai cara baik, buat seperti erra fazira, both perceraian dia x pernah mentioned apa sebabnya dan dia x pernah aibkan sekali pun bekas2 suami dia, jgn sikit2 post kat social media, dah post lepas tu org kecam cakap jgn menyibuk, gurau lah, mcm Dato aliff, sikit2 post lepas org kutuk tahu marah, untuk social media blh tapi berpada2 lah apa yg dipost

    17

    0
  10. peminat ke???? says:

    yg si alyah post psl laki dia tu satu hal… yg peliknya individu yg beria sgt bg komen smpai nak doakan org masuk neraka..hbs yg dia doa buruk2 kt org tu kompem masuk syurga ke?? pastu persoal plak kenapa tok ram boleh kawin ngan alyah… tak ke bodoh namanya persoalkan perjalanan jodoh org?? konon nk bg nasihat sbb adore sgt, tp gaya bg nasihat tu mcm dh lama benci & dendam dgn si alyah

    9

    2
    • Anonymous says:

      to : peminat ke????
      says:
      December 4, 2018 at 12:21 pm

      dia type komen … “aku doakan kau tak masok neraka, alyah”
      bila plk dia doakan alyah masuk neraka??

      4

      1
      • peminat ke???? says:

        to: anonnymous
        December 4, 2018 at 3.07

        mmg dia x terang2 doakan alyah masuk neraka, tp kalau kau cuba pahamkan ironinya ayat dia tu, mmg maksudnya mcm tu..dia siapa sampai nak keluarkan kata2 kesat mcm tu?

        tgk dia typed “jangan sampai suami muak dgn perangai jelik kita”

        ayat kemain lg… siapa2 pon kalau dgr ayat mcm ni mmg bileh panas hati walaupun kononnya “nasihat”

        6

        1
  11. ramlah says:

    aritu ckp da xnk jwb pape lg klu org tya psl hal umah tangga ..ni per cer plk kak yah oiiiii … mental la ko ni ..oppps lupe retis

    4

    2
  12. tipahhh says:

    as a woman, i lost respect to Alyah. If u in toxic relation, end it, or give space utk diri you n him, utk perbaiki diri kalau sygkan marriage tu, rather than bising2 kat socmed. Ni ko da royan, pastu boleh bagi statement masih bersama? Sbb tu laki ko tu BULI kau, xde pendirian, xtegas, lembik. Kau yg bukak aib, kena nasihat ko marah. yg komen tu pun satu lebih2 sgt nak tentukan dosa pahala orang, sendirik pun mak jannnnn..

    10

    0
  13. sajat says:

    ramli ms pun rimas dengan kau, memanjang meroyan
    meroyan dekat ig, dengan ayat yang tiada koma & titik nya.. dengan ayat berbelitnya.. pening kepala aku baca
    dah dah lah alyah, macam mayat hidup dah aku tengok kau ni..
    kesian aku tengok kau ni, lepas kahwin tak bahagia macam orang lain

    6

    1
  14. Anonymous says:

    Janda yg ada anak, gerenti ada anak akan dtg. Tpi…

    0

    0
  15. Mia says:

    Tebalnye make up aliyah.. tu saje nak comment.. hehehehee

    2

    0
  16. meetomato says:

    gurau? seriously? klu gurau pun, ibu tunggal tu dh ckp if komen berunsur gurauan, then so and so.

    tapi masa tu kan alyah, your first komen & the way you reply ibu tunggal tu tak berunsur gurauan as what you claimed now…so now, try to putar belit cerita?

    next time, if your marriage is on the rocks, settle jer di luar platform social media. dont have to tell everyone lah!

    1

    1
  17. honey says:

    Kesian kau ni alyah… meroyan x habis2 dulu isu langgar kereta tu pun bergurau ker…lahai sudah2lah nak menyalahkan orang..aku tngok kau ni meluat pulak, entah2 c tok ram pun dah meluat tengok kau sebab tu dia malas lekat kat rumah …

    2

    0

Leave a Comment

Optional