October 11th, 2019

Ingin terus mempertahankan perkahwinannya meskipun isteri, Adira Suhaimi sudah nekad untuk meneruskan proses perceraian, Datuk Red akui wujud campur tangan orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka dan menghasut isterinya untuk bercerai.

adira datuk red cerai

Ada pihak yang sememangnya ingin melihat mereka berpisah, tetapi Datuk Red tidak akan mudah berputus asa menyelamatkan mahligai yang dibina sejak empat tahun lalu dan akan terus memujuk Adira.

Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang. Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri.

datuk red adira

Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara. Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur.

adira cerai datuk red

Kita doakan yang terbaik buat Datuk Red dan Adira. Setiap perkahwinan pasti akan dilanda ujian dan dugaan, bersabarlah dan cuba cari jalan penyelesaian tanpa penceraian sekiranya boleh.

Sumber Berita : Harian Metro


12 responses to “Memang Ada Pihak Yang Nak Tengok Kami Berpisah – Datuk Red”

  1. lola says:

    xselera la tgk llki berjambang serabut mcm kau datu red

  2. meetomato says:

    yela tu….bapa mertua meninggal ko ade x masa tu?

    org gaji, nanny & driver ade x disediakan?

  3. wekkkkkkk says:

    apa2 pun tiap kali bergmbr, yg aku perhati, anak di dukung oleh bini je..dri tahun2 yg lalu pun mcm tuh..

  4. Allycat says:

    Pihak mana pulak? Ada sesapa ke yg dengki dgn “kebahagiaan” diorg ni?

  5. korok says:

    nk ckp datin red ke

Loading...