Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membuka mulut mengenai soal jodoh apabila mengakui bahawa dia memang mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, dalam satu temu bual bersama Sinar, Saddiq menegaskan bahawa dia lebih selesa jika urusan peribadi seperti ini dilakukan secara tertutup dan penuh hormat terhadap privasi semua pihak terlibat.
Tipulah kalau saya nak kekal bujang selama-lamanya. Memang ada niat, perancangan dan perjalanan ke situ (kahwin).
Tetapi dalam proses ingin membina rumah tangga sendiri, memang ada pasangan, keluarga, privasi yang perlu dihormati.
Biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi sampai sudah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menambah bahawa meskipun dirinya terbuka dalam hal politik, apabila melibatkan orang lain seperti keluarga atau pasangan, dia lebih memilih untuk menjaga batas.
Perkara politik saya sentiasa terbuka, tapi bila melibatkan bukan setakat saya tetapi orang lain, keluarga… lebih baik proses tersebut dihormati.
Kenyataan Saddiq itu menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap matang beliau dalam menangani soalan berkaitan kehidupan peribadi.
Sekadar info, hubungan antara Saddiq dan pelakon serta penyanyi Bella Astillah sering menjadi perbualan hangat warganet sejak kebelakangan ini, terutama dalam kalangan peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai BASS.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.