Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Memang Ada Isu Tapi Tak Boleh Cerita Sekarang – Ashraf Muslim

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga Ashraf Muslim dan Dayana telah mula bertebaran di Forum Cari baru-baru ini. Ada info menyatakan Ashraf telah membuka fail permohonan di mahkamah Syariah untuk berkahwin kali kedua dengan keizinan isterinya.

ashraf muslim kahwin dua

Advertisement

Punca tindakan Ashraf ini dikatakan kerana mereka masih tidak lagi dikurniakan zuriat walaupun sudah tiga tahun berkahwin. Ditemui Kosmo, Ashraf enggan mengulas mengenai desas desus ini tetapi mengakui memang rumah tangganya mempunyai isu. Kata Ashraf:-

Saya ada ke sana (mahkamah syariah) tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa. Saya tidak perlu cakap (rumah tangga bergolak atau tidak). Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.

ashraf

Ashraf Muslim turut memaklumkan yang mereka sudah pun mencuba kaedah moden dan tradisional untuk mendapatkan zuriat. Namun masih tidak membuahkan sebarang hasil. Apa pun, kalau berkahwin dua dengan keizinan isteri, tak ada apa-apa yang salah kan? Semoga keputusan yang dibuat kelak adalah yang terbaik untuk kehidupan mereka suami isteri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top