Satu perkongsian daripada personaliti TV terkenal iaitu Aznil Haji Nawawi telah mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter semalam.
Ini berikutan pengacara program Akademi Fantasia itu didakwa netizen seperti mengajak rakyat untuk tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Kata Aznil, meskipun Akta Lompat Parti telah dikuatkuasakan, namun kisah ahli politik yang sewenang-wenangnya melanggar undang-undang menyebabkan dia berasa ragu-ragu untuk turun mengundi nanti.
Memang ada akta lompat parti, tapi sebelum ini mereka bertindak mengatasi undang-undang. Apa yang membuatkan anda terfikir yang mereka tak akan melakukannya lagi?
Setelah mereka berkuasa, kita jadi penonton sandiwara mereka saja. Tiada apa yang baru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat pengacara itu dan meminta agar dia lebih cakna dan prihatin dengan situasi politik negara pada ketika ini.
Jika Aznil tak nak mengundi tak apa. Tapi tak perlu galakkan orang untuk tidak turut mengundi. Orang lain nak ubah Malaysia. Mereka lama lagi nak hidup.
Paknil, kalau betul nak Malaysia yang lebih baik, undi dan pilih yang betul. Jadi sebagai manusia yang ada akal dan layak mengundi, sila jalankan tanggungjawab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.