Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) telah menyita sebuah Lamborgini yang dipandu seorang warga China di Jalan Bangsar, malam tadi.
Lelaki berusia 28 tahun itu yang merupakan pencipta kandungan telah didapati memandu tanpa lesen memandu yang sah.
Ketika ditahan JPJ, dia dan teman wanitanya sedang dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights selepas keluar makan di sebuah restoran makanan segera di Kepong.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, ketika pihak berkuasa memintanya mengemukakan lesen dia akui tidak mempunyai dokumen terbabit sebaliknya mengeluarkan pasport miliknya.
Dia mendakwa sudah menetap di negara ini sejak tujuh tahun lalu.
Tambahnya, lelaki itu antara 211 pemandu yang diambil tindakan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Lamborghini tersebut adalah antara 27 kenderaan yang disita dalam satu operasi bersepadu di sepanjang Jalan Bangsar malam tadi. Rampasan turut melibatkan 24 buah motosikal dan dua kenderaan barangan.
Sehubungan itu, kenderaan tersebut akan disita dan dibawa ke pejabat JPJ di Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.