Memandu Tanpa Lesen, 1.2 Juta Rakyat Malaysia Dikesan Tidak Miliki Lesen Memandu

Trending

Memandu Tanpa Lesen, 1.2 Juta Rakyat Malaysia Dikesan Tidak Miliki Lesen Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan seramai 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak mendapat lesen memandu tetapi tidak mempunyai lesen tersebut.

Advertisement

Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siran, berkata JPJ giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki lesen memandu yang sah serta akan memastikan mereka mendapat lesen tersebut.

“Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam.

“Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen,” katanya di sini, hari ini.

Nadzri berkata lagi, perkara itu selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 – 2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini dengan 62 peratus darinya melibatkan kemalangan motosikal.

Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan tahun lalu, dan bilangan itu membimbangkan, terutama 30 peratus daripada jumlah berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...