Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, tampil menegur secara terbuka kumpulan popular Dolla selepas menonton video muzik terbaharu mereka yang disifatkannya semakin keterlaluan dan tidak mencerminkan imej seni Malaysia.
Menurut Asma’, setiap kali Dolla muncul dengan lagu baharu, beliau berharap akan ada perubahan ke arah penampilan yang lebih sopan — namun kecewa apabila mendapati situasinya semakin membimbangkan.
DOLLA, inikah yang kita banggakan sebagai wajah Seni Hiburan Negara kita? Dolla – tolonglah berubah.
Bila ada lagu baru, saya cuba fikir, ‘Mungkin kali ini lebih sopan, mungkin kali ini lebih bermaruah.
Asma’ berkata beliau tidak mengikuti perkembangan kumpulan itu, namun sering menerima pautan video untuk dinilai.
Makin lama makin parah, makin terbuka sana sini, makin ghairah, makin memalukan. Apa yang dipertontonkan bukan lagi satu seni hiburan ia sudah sampai tahap pertunjukan dalam laman gelap atau club tetapi secara terang-terangan atas nama seni.
Dalam teguran tegas itu, Asma’ meluahkan rasa sedih kerana salah seorang ahli Dolla adalah wanita beragama Islam, dan menegaskan bahawa penampilan serta gaya persembahan mereka tidak selari dengan nilai masyarakat Malaysia.
Pakaian ketat melekat, singkat terbuka melampau, gerakan mengiurkan semuanya dipakejkan sebagai satu seni lagu.”
Paling menyedihkan, salah seorang anggotanya adalah wanita Islam. Walau bukan Islam sekalipun, anda tetap membawa imej Malaysia yang berpegang pada Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Asma’ menegaskan tegurannya bukanlah kempen kebencian, sebaliknya usaha menyedarkan masyarakat agar tidak terus menyokong budaya yang menyalahi norma.
Ini bukan kempen benci. Ini kempen sedarkan diri. Kalau budaya salah berhenti disokong, budaya itu akan mati. Kalau budaya itu berubah, masyarakat pun berubah.
Beliau menutup kenyataan dengan doa agar Malaysia kembali kepada hiburan yang lebih sopan dan diredhai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
