Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial Twitter memaparkan seorang pegawai wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat live di TikTok ketika sedang menjalankan tugasnya.
Hal itu telah menarik perhatian netizen yang berasa hairan pegawai itu boleh membuat live terbabit biarpun semasa dalam operasi dan turut ada anggota polis yang lain.
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73
— ??????²³??? Seller iPhone! (@Tsgxy_) April 24, 2022
Difahamkan dari live TikTok yang dimuat naik semula di Twitter itu, anggota polis wanita berkenaan turut berasa teruja apabila beliau meraih 1,900 tontonan daripada pengguna platform tersebut.
Dalam pada itu, dia tidak melepaskan peluang ‘mempromosikan’ akaun TikToknya agar dapat meraih 1000 pengikut biarpun sedang bertugas ketika itu.
Tindakan anggota berkenaan telah mendatangkan persoalan terhadap netizen sama ada pegawai polis yang sedang bertugas dibenarkan melakukan hal sedemikian.
Ada juga netizen berpendapat perkara yang dilakukan itu sememangnya tidak profesional dan meminta agar Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan terhadap pegawai itu serta berharap ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.