Lisa BLACKPINK mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan busana berani ketika konsert kumpulan itu di Chicago baru-baru ini.
Dalam sebuah foto yang dimuat naik di komuniti dalam talian, kelihatan keempat-empat ahli BLACKPINK berdiri di atas pentas sambil berinteraksi dengan peminat. Namun, apa yang menjadi bualan ialah seluar pendek ultra mini yang dipakai Lisa.
Ramai peminat memberikan reaksi bercampur, ada yang memuji keyakinannya, namun tidak kurang juga yang risau. Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Terlalu pendek kot,” “Lindungi Lisa,” dan “Nampak hebat, tapi mungkin agak memalukan bagi orang Korea.”
Lisa kemudian berkongsi beberapa gambar di Instagram miliknya termasuk yang menunjukkan busana tersebut, sambil menulis penghargaan untuk banda itu.