“Memalukan Keturunan…” – Kaya Raya Kerana Buat Kerja Haram? Prince Syed Bersuara…

Kehidupan

“Memalukan Keturunan…” – Kaya Raya Kerana Buat Kerja Haram? Prince Syed Bersuara…

Personaliti media sosial, Prince Syed Shahid, tampil memberi penjelasan selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas kononnya terlibat dalam kegiatan tidak bermoral gara-gara sering berkongsi gaya hidup mewah di media sosial.

Menurut Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif, segala kekayaan yang dimilikinya hari ini adalah hasil usaha sendiri dalam dunia perniagaan, bukannya menerusi jalan singkat atau pekerjaan yang haram.

Advertisement

Ada yang komen dan mengata saya kaya dan jadi jutawan ni sebab melakukan pekerjaan sisi gelap atau haram, apa gunanya saya bersekolah tahfiz atau belajar ilmu agama sekiranya melakukan pekerjaan itu.

“Kalau saya melakukan pekerjaan itu mungkin saya tidak akan diterima tuhan, malah memalukan keturunan saya kalau sekadar nak kejar populariti dengan cara macam itu,” ujarnya kepada mStar.

Prince Syed menjelaskan, sumber pendapatan utamanya adalah daripada hasil perniagaan, termasuk menjual produk dan makanan seperti laksa yang dijalankan secara telus dan sah.

Orang semua tahu saya meniaga produk dan makanan laksa jadi saya cari rezeki halal, jangan risau saya memang menjaga perkara itu baik nama sendiri atau keluarga.

Beliau turut menegaskan bahawa prinsip dan nilai agama yang dipelajarinya sejak kecil menjadi panduan dalam mencari rezeki serta membina nama dalam dunia bisnes dan media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita buat permohonan maaf kepada ubai dan shila amzah
2025-07-23 11:28:59

(VIDEO) Fitnah Ubai Biawak Hidup & Ditanggung Shila Amzah, Wanita Buat Permohonan Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...