Pendakwah bebas, Asma’ Harun tampil menegur secara terbuka trend normalisasi pasangan belum bernikah yang menghasilkan kandungan berlebihan di media sosial atas alasan kerja atau pemasaran produk.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Asma’ menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar serta melanggar batasan syarak, lebih-lebih lagi apabila kandungan itu dipersembahkan secara ‘sweet’ dan mesra sehingga menerima pujian warganet.
Malu dan memang tak patut, hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah, atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan, sweet, comel ke apa.
Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka.
Menurut Asma’, keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila melibatkan pemimpin masyarakat dan individu Muslim berpengaruh yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada golongan muda, namun bertindak sebaliknya.
Situasi ini lagi menyedihkan bila dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu Muslim berpengaruh, yang sepatutnya tunjuk contoh yang baik kepada anak muda, tapi jadi sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pemilik produk dan jenama agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan prinsip agama, terutamanya menjelang ketibaan bulan Ramadan.
Sekarang dah masuk Rejab ni, janganlah nanti dah Ramadan makin banyak content yang tak patuh syariah semata-mata nak iklan Raya.
Asma’ turut menegaskan bahawa mencari rezeki perlu disertai dengan keberkatan dan tidak boleh menghalalkan cara yang bercanggah dengan syarak.
Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batas syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki?
Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk. Ini salah faham besar dan ia adalah tipu daya iblis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

