Penceramah bebas, Syamsul Debat mengulas tentang isu meminta maaf sehingga disuruh melutut selepas tular isteri kepada seorang penyanyi berbuat sedemikian baru-baru ini.
Cara Islam, yang meminta maaf dan memaafkan perlu ikhlas dan sama-sama merendahkan diri. Bukannya sampai menjatuhkan maruah orang lain.
Tambahnya, meminta maaf dan memaafkan adalah perkara paling mulia di sisi Allah namun paling berat untuk dilakukan.
Kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat. Contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam tu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya.
Jangan sampai memalukan, Islam tak ajar begitu
Ujar Syamsul lagi, tidak kiralah jika meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu.
Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf.
Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri.