Melur, Anak Harimau Malaya Kini Disahkan Mati Di Zoo Negara

Trending

Melur, Anak Harimau Malaya Kini Disahkan Mati Di Zoo Negara

Akhbar New Straits Times hari ini melaporkan, seekor harimau Malaya betina yang diberi nama Melur ditemui maut di parit kandang harimau pada Mac lalu.

Melur yang juga mempunyai dua adik beradik yang digelar Wira dan Hebat itu dinamakan sendiri oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yakni isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri pada ketika itu.

Advertisement

Kredit – New Straits Times

Menurut pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kematian Melur adalah disebabkan oleh satu kemalangan.

“Kami hanya diberitahu bahawa salah satu anaknya mati akibat lemas.”

Untuk rekod, populasi harimau Malaya yang dianggap sebagai ikon negara kini difahamkan semakin berkurang dari tahun ke tahun.

Dianggarkan sejumlah 3,000 ekor dipercayai berkeliaran di hutan Tanah Melayu pada tahun 1950-an, namun  menjelang tahun 2014, jumlah mereka dianggarkan telah menurun menjadi sekitar 250.

Kredit – New Straits Times

Sekadar informasi, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19, Zoo Negara antara yang terkesan dari segi kewangan.

Zoo Negara yang dikendalikan oleh Persatuan Zoologi Malaysia khabarnya banyak bergantung pada pendapatan dari bayaran masuk untuk mendapatkan dana.

Kredit – New Straits Times

Bahkan, pihak mereka memaklumkan, kos operasi juga difahamkan memerlukan kira-kira RM1 juta sebulan termasuklah untuk penjagaan haiwan, gaji kakitangan dan utiliti.

Sumber: New Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...