Meludah & Hala Kemaluan Ke Arah Kamera, Peminat Tak ‘Restu’ Taylor Swift Bercinta Dengan Matty Healy

Dunia

Meludah & Hala Kemaluan Ke Arah Kamera, Peminat Tak ‘Restu’ Taylor Swift Bercinta Dengan Matty Healy

Penyanyi antarabangsa terkenal, Taylor Swift dikatakan sedang dilamun cinta bersama vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy.

Berita yang menjadi spekulasi dalam kalangan peminat kedua-dua bintang nyanyian popular itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya tidak bersetuju dan ‘merestui’ hubungan itu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan media sosial, peminat Taylor terutamanya tidak mahu penyanyi kesayangan mereka itu bercinta dengan Matty yang disifatkan sebagai seorang yang bermasalah.

Menurut peminat, Matty mempunyai perangai pelik, kaki minum, seorang ‘racist’ dan Islamophobia.

Matty juga dikatakan suka merendah-rendahkan kaum wanita terutamanya yang berkulit hitam selain gemar menonton video lucah dan beronani.

Malah, muncul rakaman siaran langsung yang menyaksikan Matty meludah ke arah kamera dan menghalakan kemaluannya ketika melakukan persembahan di atas pentas.

Sikap buruk Matty telah membuatkan peminat tidak percaya bawah lelaki itu dapat membahagiakan Taylor Swift dan mendesak penyanyi itu meninggalkan hubungan cinta mereka.

Terdahulu, Taylor baru sahaja mengumumkan perpisahan dengan teman lelakinya iaitu pelakon Joe Alwin setelah 6 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Matty bersama kumpulan muziknya dijangka akan membuat persembahan di Malaysia menerusi Good Vibe Festival yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Julai ini.

Zain Saidin peluk che ta
12 months ago

"Over, Malu Kita Yang Tengok" - Tayang Berpeluk Di Instagram, Ramai 'Jealous' Dengan Che Ta & Suami?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...