Gara-gara kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini, pempengaruh Syamimia kehilangan lebih 100,000 pengikut di laman sosial TikTok.
Malah hasil pemeriksaan seorang individu, jumlah tersebut dikatakan semakin menurun dari masa ke semasa selepas orang ramai memilih untuk tidak lagi mengikuti pempengaruh yang mesra dipanggil Mimi itu.
Jangan main-main ya pasal Palestin orang Malaysia ni bagai cubit peha kiri peha kanan terasa. Apa apa kenyataan bodoh tentang Palestin, mereka (rakyat) akan fight.
Teruk damage Syamimia buat kalini hilang 100K followers.
Jangan main-main ya pasal Palestine orang Malaysia ni bagai cubit peha kiri peha kanan terasa, saudara seislam dan seperti adik-beradik dah dengan Palestine. Any stupid statements against Palestine they will fight. pic.twitter.com/yqSNfmjSgE
— 🇲🇾🇵🇸 (@OmgItsSaraa_) October 17, 2023
Sesetengah warganet menasihati Mimi untuk menerima kesan daripada kata-kata yang dikeluarkannya di mana ramai dikatakan sudah mula rasa meluat.
Seorang individu memuji cara percakapan Mimi yang memang sopan namun apa yang keluar dari mulutnya selalunya ayat ‘makan dalam’ atau kuat memerli.
Dalam pada itu, segelintir warganet menyindir Mimi kerana berkongsi tentang isu Palestin hanya selepas dirinya tular dan mendapat kecaman ramai.