Pelakon dan penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa hati berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.
Difahamkan, institusi itu melaporkan satu buli terbaharu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.
Tulis Naim di media sosialnya, institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Terdahulu, seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.
Enam pelaku yang juga bekas penuntut institusi pengajian itu didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan dan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.