“Melepak Dengan Artis Tak Ada Masalah Tapi Kita Dibayar Gaji Tinggi Untuk Bantu Rakyat” – MP Bukit Bendera Tegur Syed Saddiq

Trending

“Melepak Dengan Artis Tak Ada Masalah Tapi Kita Dibayar Gaji Tinggi Untuk Bantu Rakyat” – MP Bukit Bendera Tegur Syed Saddiq

Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini sering kali kita dapat lihat kemesraan yang dipaparkan oleh selebriti, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di laman media sosial.

Ahli Parlimen Bukit Bendera tegur Syed Saddiq

Terbaru, Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid tampil menegur Syed Saddiq agar tidak melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat.

Advertisement

Dapat dilihat dalam satu video di TikTok, YB Syerleena berkata dia memahami usaha Syed Saddiq sebagai anak muda cuba mendekati golongan belia dan wajar untuknya menjiwai watak ‘anak muda’ seperti aktif bersukan, mendaki gunung dan bersosial.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merasakan ia tidak boleh keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab asal.

Bagi jawatan Ahli Parlimen dekat individu yang lebih komited

Suka melancong, no problem dan melepak dengan artis. Tak ada masalah juga. Tetapi bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gosip. Akak nak bertegas, kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di kawasan.

Katanya lagi, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen merupakan satu tugasan yang besar dan bukannya sekadar platform untuk raih populariti tetapi digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Akhir kata, YB Syerleena merasakan jika Syed Saddiq tidak boleh memikul tanggungjawab tersebut, beliau menyarakan agar dia serahkan jawatan tersebut kepada individu yang lebih komited untuk membantu rakyat.

syed saddiq & bella astillah
1 week ago

Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu Bersama, Syed Saddiq 'Dicabar' Kahwini Bella Astillah Pula - "Prepare Gambar Pre-Wed Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...